Tuesday, 16 November 2021

Booking untuk bersalin di KPJ Bandar Dato Onn

 Assalamua'laikum semua..

InsyaAllah awal Feb 2022 saya akan bersalin anak ke 4. Buat masa ni FPP HSA tutup sebab dijadikan wad covid, xtau bila beroperasi semula. Nak bersalin kat Melaka Oriental bila pk balik macam jaoh dengan 3 orang anak lagi. So decide nak bersalin kat JB sahaja. Jumpe kat FB sekarang KPJ Dato Onn baru start buka untuk maternity suite, so kita ambillah peluang ini.

Saya booking dengan Dr Idayu pada 15/11/21 masa ni kandungan 6 bulan. Dr Idayu ni lembut orangnya. Masa scan baby xnak tunjuk muka, seboleh2 Dr nak kejutkan dia.. huhu comel je. 

So masa 1st check up, kene bayar deposit untuk booking: Normal pakej RM1500 & Ceaser pakej RM3000. Admin kata let say kalau booking untuk normal RM1500, tiba2 kene emergency ceaser nanti pakej normal akan void and harga ceaser dalam 8.5K ke atas camtu. So to be safe, sy n husband decide untuk booking pakej ceaser kalau bersalin normal lebihan wang akan dipulangkan. Kalau bersalin kat tempat lain pon, deposit kita akan fully refund.

Masa pergi 1st check up bawa sekali buku merah KK tu. Untuk 1st check up total caj RM230. Bilik Dr Idaya di tingkat 3, suite 7.


Next check up sy pada week 36 nanti.. Nanti sy sambung review lepas bersalin pula. Doakan urusan bersalin saya dipermudahkan.. Amin~