Monday, 29 May 2017

Pengalaman bersalin di Oriental Melaka Straits Medical Centre May 2017

Alhamdulillah, selamat bersalin di Oriental Melaka Straits Medical Centre pada 20 May 2017. Saya nak kongsi pengalaman bersalin di sana. Due pada 22 May 2017, saya ambil cuti awal seminggu untuk balik ke Melaka. Google terjumpe ada seorang doktor wanita O&G di OMSMC iaitu Doktor Norhayati Awan. Hari khamis call untuk appoinment dengan doktor pada 15 May 2017. Masa check up kat Oriental tu saya bawa sekali buku merah yang check up di KK. Alhamdulillah walaupon sekali check up pada week 39 still dapat pakej bersalin Normal (2D1N 2 bedded room) range RM3200~RM3500. Caesarean (3D2N 2 bedded room range RM6000~RM6500.

Start contraction pada 20 May 2017, jam 1am tapi boleh tahan lagi tidur x lena sangat. Decide nak ke Hospital keesokan hari kalau contraction kerap. Pukul 8 pagi, gerak ke Hospital download contraction Apps contraction selang 5min masa tu risau juga kot2 false contraction. Sampai hospital terus ke Emergency, sampai nurse hantar ke labour room untuk cek bukaan. Doktor yati cek, bukaan da 3cm, doktor suruh admit hospital and daftar. Masa daftar bayar deposit 2K. Lepas cek bukaan doktor cek CTG 30min, lepas tu boleh pergi jalan2 sekitar wad untuk cepatkan bukaan. Husband temankan pukul 12.30 masuk balik labour room cek CTG, minum air zamzam and makan kurma sementara menunggu doktor datang. Pukul 1 cek bukaan da 4cm. Alhamdulillah pukul 2.54 fully dilated 10cm dan bersalin secara normal. Syukur Alhamdulillah~

Doktor and nurse sangat supportive masa nak teran tu.. semangat sangat bila nak teran.. hihi lepas tu doktor letak baby di dada kemudian diorang bersihkan baby. Before bersalin tu ada sign form dia sama ada nak fully BF ke mix FM. Saya pilih fully BF, bila baby menangis nurse akan hantar baby. Malam ward in dengan baby, nurse monitor setiap 4jam. Memang baik nurse2 kat sana.

Keesokan harinya, doktor datang cek pukul 9am, kalau xde pape baby sihat semua kul 11 da boleh balik. Alhamdulillah everything OK, dapat bil husband settlekan kat kaunter emergency.. total RM3200.