Monday, 29 May 2017

Pengalaman bersalin di Oriental Melaka Straits Medical Centre May 2017

Alhamdulillah, selamat bersalin di Oriental Melaka Straits Medical Centre pada 20 May 2017. Saya nak kongsi pengalaman bersalin di sana. Due pada 22 May 2017, saya ambil cuti awal seminggu untuk balik ke Melaka. Google terjumpe ada seorang doktor wanita O&G di OMSMC iaitu Doktor Norhayati Awan. Hari khamis call untuk appoinment dengan doktor pada 15 May 2017. Masa check up kat Oriental tu saya bawa sekali buku merah yang check up di KK. Alhamdulillah walaupon sekali check up pada week 39 still dapat pakej bersalin Normal (2D1N 2 bedded room) range RM3200~RM3500. Caesarean (3D2N 2 bedded room range RM6000~RM6500.

Start contraction pada 20 May 2017, jam 1am tapi boleh tahan lagi tidur x lena sangat. Decide nak ke Hospital keesokan hari kalau contraction kerap. Pukul 8 pagi, gerak ke Hospital download contraction Apps contraction selang 5min masa tu risau juga kot2 false contraction. Sampai hospital terus ke Emergency, sampai nurse hantar ke labour room untuk cek bukaan. Doktor yati cek, bukaan da 3cm, doktor suruh admit hospital and daftar. Masa daftar bayar deposit 2K. Lepas cek bukaan doktor cek CTG 30min, lepas tu boleh pergi jalan2 sekitar wad untuk cepatkan bukaan. Husband temankan pukul 12.30 masuk balik labour room cek CTG, minum air zamzam and makan kurma sementara menunggu doktor datang. Pukul 1 cek bukaan da 4cm. Alhamdulillah pukul 2.54 fully dilated 10cm dan bersalin secara normal. Syukur Alhamdulillah~

Doktor and nurse sangat supportive masa nak teran tu.. semangat sangat bila nak teran.. hihi lepas tu doktor letak baby di dada kemudian diorang bersihkan baby. Before bersalin tu ada sign form dia sama ada nak fully BF ke mix FM. Saya pilih fully BF, bila baby menangis nurse akan hantar baby. Malam ward in dengan baby, nurse monitor setiap 4jam. Memang baik nurse2 kat sana.

Keesokan harinya, doktor datang cek pukul 9am, kalau xde pape baby sihat semua kul 11 da boleh balik. Alhamdulillah everything OK, dapat bil husband settlekan kat kaunter emergency.. total RM3200.

35 comments:

  1. Maaf tanya masa kt lr tu ade nurse or doc psg urine tube x?

    ReplyDelete
  2. Sis, anggaran kos untuk setiap kali check up brp ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. skrg sy masih checkup di oriental, rm200 kalau tambah ubat rm200++

      Delete
  3. Miss nak tanya, caj tu termasuk injection baby ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada kol oriental, injection fee xtermasuk pakej bersalin.. kne ambil lain.. huhu

      Delete
  4. Mungkin harga baru tahun 2019..

    ReplyDelete
  5. AsSalam sis.. sis bersalin normal ade kena jahit + bius kt bahagian bawah tak? Kalau ade.. semua tu dh termasuk dlm total charge tu ke ye?

    ReplyDelete
  6. Wslm.. alhamdulillah sy bersalin normal.. ya semua ade bius n jahit. Total bayaran RM3200

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum sis nak tanya skrg klu bersalin normal brp biaya nya ye.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. maaf la sis harga skrang sy xtahu. Mungkin sis boleh call hospital 06-3158888.

      Delete
    2. Haritu pg consultation, Dr kata 3200

      Delete
    3. Tq sis.. semoga dipermudahkan urusan..🌷

      Delete
  8. Wah bagusnya masih maintain harga..

    ReplyDelete
  9. Sis.. maaf nak tanye klau 1st appointment dkt oriental nnti kena buat bayaran ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. 1st appointment kene bayar sis. Tu da kira consultation dgn doktor.

      Delete
  10. Saya ingatkan dtg NK jumpe doctor aje . Maklumlah 1st dtg . Saya dah appointment dengan KK . Saya fikir nak bersalin dkt swasta . Cuma appointment je dkt KK.bila dah pergi ni rse rugi plk . Sbb dah bayar ..saye nak tau kalau dkt oriental Kita bersalin nnti suami dapat teman sekali tak?

    ReplyDelete
  11. Misalnya Kita dh ade appointment dgn oriental Bulan 8 ni tak pergi bole ke? Time nak bersalin nnti tarikh due dah nak dkt baru dtg kt oriental balik jumpe doctor bole ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni puan cuba kol bagitahu nak postpone appointment tu.

      Delete
    2. Bayaran still sama kat Oriental, bole cek kat web. Pastu mcm sy, cek kat kk gak. Tiap 1st, 2nd and 3rdmester je jumpa doktor Yati utk scan baby.. cuma bile dah nk dkat due tu, jumpa lah doktor Yati supaya kite bersedia dlm apa2. Mcm sy ank kedua lahir Kat doktor Yati jugak, nk ikutkan Oriental x bagi teman sbb covid. Cuma bole hantar barang je. So, sy ambik bilik single baru husben bole teman. Sehari tambah 100 je. Anak sy lahir mse awl bulan Oktober 2020. Ape2.. Baik pergi call dan cek sendiri. Sbb skrg ni sentiasa berubah sbb covid. Kejap bole teman.. kejap x bole.. so, better cek n call lah Puan2. :)

      Delete
  12. Salam sis nk tnya kat wad bermalam tu husband bole teman kn ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X bole teman,kecuali ambik bilik single n better book awl2.. tp add caj tambahan. Pastu kna buat swab test. Ape pun jumpa doktor Yati terus. Klu x ikut jadual jumpa dia pun x pe..klu kite ade cek kat kk.. bwak buku merah sbb doktor nk tgok. Doktor Yati best, soft spoken...ape kita tanya, x pernah x jwb. Very recommended doktor Hayati.

      Delete
  13. Waa'laikummusalam.. mase sy bersalin boleh sis. Tapi tahun ni sy xpasti sebab covid kan. Sis boleh call hospital utk tanye ya.

    ReplyDelete
  14. Saya temankan isteri bersalin, juga dengan Dr. Norhayati Awan. Ambik suntikan vaksin berkala untuk anak di hospital yang sama dengan doc Paediatrik, Dr. YG Long. Layanan staf dan doc sana memang bagus walaupun Oriental masih boleh dikatakan baharu. Dan sekarang saya sendiri menjadi sebahagian daripada 'workforce' OMSMC (Alhamdulillah, rezeki anak).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam .. mcm mne nk bersalin disana? .. ape perlu buat utk first time?

      Delete
    2. Wslm.. kol untuk buat appoinment dengan doktor yati. Nanti bawa buku merah yang check up di KK sekali sis.

      Delete
    3. Tahniah Encik.. arap Doktor Yati kekal lah di situ.. Amin..

      Delete
  15. kak nak tanya, walk in terus masa nak beranak bole ke? ke kene 7 bulan kandungan dah kene buat checkup dekat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walk in akak xsuggestkan.. better sekali check up ngan doktor sebelum bersalin. Akak pergi sana seminggu sebelum nak bersalin, buat appointment dulu dan bawa buku merah.

      Delete
  16. Sy br je buat 1st checkup (29w) dgn dr yati awan, sbb plan nak bsalin di oriental.. total checkup td rm186 takde ubat...scqn dan urine feme je.. best la dr yati. Soft spoken..ms scan pon dia terangkan satu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan urusan bersalin puan. Sy baru lepas bersalin di KPJ Dato Onn dengan kawan Dr Yati, Dr Idayu namanya..

      Delete