Saturday, 24 August 2019

FPP di HSA 2019

Pengalaman bersalin anak ke-3 di Hospital Sultanah Aminah (HSA) JB. Alhamdulillah..  dapat tau ade FPP (Full Paying Patient) dari facebook xsilap start ade FPP kat HSA tahun 2018 dan ada doktor perempuan. Sy start booking week ke-34, yang terbaik pergi mase kandungan 7 bulan. Daftar FPP di bangunan Poliklinik HSA ade 1 bilik khas berdekatan kaunter bayaran. Ni waktu operasi kaunter FPP.

Hari daftar tu nurse akan brief kita pasal FPP dan kenalkan doktor-doktor yang terlibat yang boleh kita pilih. Masa ni ada 2 Doktor perempuan iaitu Dr Norlela dan Dr Eliza. Bermula lah 1st check up, nanti kat buku merah tu dia akan cop FPP. At least 2 kali check up ea, bawah ni harga untuk 1st dan check up ulangan.




Tapi better standby duit lebih sebab mase 2nd check up pada 27/2/19 (Week 36), masa scan biasa Dr Norlela cakap air ketuban sy sikit 9.3, normal ialah 10. So Dr Norlela proceed Doppler untuk cek aliran darah baby, ni kene caj lagi RM120 so total check up kali ke 2 ni sy kene bayar RM 275. Itulah dia maksud full paying patient apa2 dia cek kene bayar ea. Dr Norlela kata mungkin kene paksa bersalin nak letak belon, tapi sy cakap nak tunggu dulu nak bersalin normal. Set untuk 3rd appoinment pada 13/3/19. Doktor cakap kalau ada rasa sakit ke tanda boleh la datang ke hospital. Masa ni p juga scan kat klinik swasta risau kot air ketuban sikit lega la sikit doktor cakap 9.3 ok lagi. Kene pantau pergerakan baby.

Sebab kes air ketuban sikit ni sy rasa nak tukar planning pulak bersalin kat Oriental Melaka, terus kol appoinment pada 8/3/19 hari jumaat. Tapi xsempat 7/3/19 malam tu sy da start rase sakit contraction. Dr Norlela ada cakap minggu tu dia xada, outstation di Terengganu dia minta Dr Eliza cover. Pada 8/3/19 pagi kul 6 terus gerak ke HSA, mula2 kene daftar dan dan bayar deposit 3K di kaunter main building HSA. Jangan lupa bawa buku merah dan IC ya.

Lepas daftar boleh la ke bangunan Kecemasan Dan Trauma. Terus ke tingkat 2 pergi kat kaunter dan bagi buku merah bersama2 file FPP dapat masa bayar deposit, xpayah saringan. Kul 8 ward in tukar baju dan tunggu Doktor. Alhamdulillah dapat bilik 4 orang yang memang khas untuk FPP, total ada 6 tempat sahaja kalau penuh kene duduk kat wad biasa dan cajnya sama. Suami x boleh teman ya hanya waktu melawat sahaja dibenarkan. Mase ni sy sorang je check in sini.


Kul 9.44am Dr Eliza cek bukaan, ni di tingkat 2 juga ade bilik khas. Dah buka 5cm doktor cakap kul 10.30am da boleh masuk labour room. Terus kol suami untuk datang semula. Kat sini ada 14 labour room so kene tunggu jap bila penuh. Kul 11am baru masuk labour room. Alhamdulillah kul 12.18pm selamat bersalin. Dalam labour room ade sorang doktor, sorang nurse n suami sy aje. Kagum saya. Dr Eliza n nurse sangat supportive. Next baby insyaAllah nak pilih Dr Eliza pula. Dr letak baby di dada lepas dia lahir rasa sebak n bersyukur sangat. Nama diberi Abdurrahim Bin Ahmad Zahiruddin lahir pada 1 rejab hari jumaat.


Keesokan harinya kul 9.18am doktor datang cek. Alhamdulillah pas lunch dalam kul 1.30 discharge. Total kene RM1917. Lebihan deposit dapat dalam 14 hari bekerja. Ni nanti kene ke kaunter untuk hantar resit. Terima kasih xterhingga kepada semua yang terlibat (Dr, nurse, family n kak ita (mama rania n abdurrahman).

Ni latest info berkenaan FPP HSA, sy tanye pada 12/3/2023:


Thursday, 22 August 2019

Jeragat dan laser

Assalamua'laikum..

Nak review sikit pasal jeragat dan laser. Sy start ada jeragat umur 11 tahun. Mase tu ade sikit je sampai la sekarang da umur 31 tahun jeragat makin banyak. Kalau korang nak tau macam2 produk sy try (kalau nak list ade la kot belas2 jenis) tapi still sama je even sanggup beli produk kat oversea nun meladerm kot tapi keciwa ni x payah beli la ea pakai sakit cam kulit terbakar gitu..
Sampai last sekali fed up biar je la jeragat.
Tq suami sy x memilih rupa.. hihi bermula lah bila pregnant anak ke3 jeragat semakin teruk seperti gambar di bawah masa ni 6 bulan pregnant.

Yang lagi buat saya stress sebab anak saya yang 2 tahun tu cakap ibu macam dia ade jeragat bila dia tengok cerita Zootopia. Haha

Search punya search jumpelah clinic Dr Shane kat Permas Jaya, Johor. Doktor kata pregnant pon xde masalah kalau nak buat laser treatment. Harga pon reasonable Rm188 per session untuk laser toning yang doktor suggest untuk buat. Baru buat 5 session dengan izin Allah da nampak hasilnya sekarang tunggu hormon stabil 8 bulan dulu baru proceed untuk laser dan pakai krim..  krim ni doktor cakap xsesuai kalau BF..