Pengalaman bersalin anak ke-3 di Hospital Sultanah Aminah (HSA) JB. Alhamdulillah.. dapat tau ade FPP (Full Paying Patient) dari facebook xsilap start ade FPP kat HSA tahun 2018 dan ada doktor perempuan. Sy start booking week ke-34, yang terbaik pergi mase kandungan 7 bulan. Daftar FPP di bangunan Poliklinik HSA ade 1 bilik khas berdekatan kaunter bayaran. Ni waktu operasi kaunter FPP.
Hari daftar tu nurse akan brief kita pasal FPP dan kenalkan doktor-doktor yang terlibat yang boleh kita pilih. Masa ni ada 2 Doktor perempuan iaitu Dr Norlela dan Dr Eliza. Bermula lah 1st check up, nanti kat buku merah tu dia akan cop FPP. At least 2 kali check up ea, bawah ni harga untuk 1st dan check up ulangan.
Tapi better standby duit lebih sebab mase 2nd check up pada 27/2/19 (Week 36), masa scan biasa Dr Norlela cakap air ketuban sy sikit 9.3, normal ialah 10. So Dr Norlela proceed Doppler untuk cek aliran darah baby, ni kene caj lagi RM120 so total check up kali ke 2 ni sy kene bayar RM 275. Itulah dia maksud full paying patient apa2 dia cek kene bayar ea. Dr Norlela kata mungkin kene paksa bersalin nak letak belon, tapi sy cakap nak tunggu dulu nak bersalin normal. Set untuk 3rd appoinment pada 13/3/19. Doktor cakap kalau ada rasa sakit ke tanda boleh la datang ke hospital. Masa ni p juga scan kat klinik swasta risau kot air ketuban sikit lega la sikit doktor cakap 9.3 ok lagi. Kene pantau pergerakan baby.
Sebab kes air ketuban sikit ni sy rasa nak tukar planning pulak bersalin kat Oriental Melaka, terus kol appoinment pada 8/3/19 hari jumaat. Tapi xsempat 7/3/19 malam tu sy da start rase sakit contraction. Dr Norlela ada cakap minggu tu dia xada, outstation di Terengganu dia minta Dr Eliza cover. Pada 8/3/19 pagi kul 6 terus gerak ke HSA, mula2 kene daftar dan dan bayar deposit 3K di kaunter main building HSA. Jangan lupa bawa buku merah dan IC ya.
Lepas daftar boleh la ke bangunan Kecemasan Dan Trauma. Terus ke tingkat 2 pergi kat kaunter dan bagi buku merah bersama2 file FPP dapat masa bayar deposit, xpayah saringan. Kul 8 ward in tukar baju dan tunggu Doktor. Alhamdulillah dapat bilik 4 orang yang memang khas untuk FPP, total ada 6 tempat sahaja kalau penuh kene duduk kat wad biasa dan cajnya sama. Suami x boleh teman ya hanya waktu melawat sahaja dibenarkan. Mase ni sy sorang je check in sini.
Kul 9.44am Dr Eliza cek bukaan, ni di tingkat 2 juga ade bilik khas. Dah buka 5cm doktor cakap kul 10.30am da boleh masuk labour room. Terus kol suami untuk datang semula. Kat sini ada 14 labour room so kene tunggu jap bila penuh. Kul 11am baru masuk labour room. Alhamdulillah kul 12.18pm selamat bersalin. Dalam labour room ade sorang doktor, sorang nurse n suami sy aje. Kagum saya. Dr Eliza n nurse sangat supportive. Next baby insyaAllah nak pilih Dr Eliza pula. Dr letak baby di dada lepas dia lahir rasa sebak n bersyukur sangat. Nama diberi Abdurrahim Bin Ahmad Zahiruddin lahir pada 1 rejab hari jumaat.
Keesokan harinya kul 9.18am doktor datang cek. Alhamdulillah pas lunch dalam kul 1.30 discharge. Total kene RM1917. Lebihan deposit dapat dalam 14 hari bekerja. Ni nanti kene ke kaunter untuk hantar resit. Terima kasih xterhingga kepada semua yang terlibat (Dr, nurse, family n kak ita (mama rania n abdurrahman).
Ni latest info berkenaan FPP HSA, sy tanye pada 12/3/2023:
Berapa depo kena
ReplyDeleteDeposit RM3000 Encik..
ReplyDeleteSakit tak masa jahit.. ada bius x.ke mcm mana
DeleteMasa jahit ada bius sis..
ReplyDeleteYg deposit baya time na dfta utk bersalin yee.. bukan time fist time dtg utk check up baby..
ReplyDeleteYa, betul.. deposit 3k masa daftar bersalin sis.
DeleteTp kne check up paling2 2x sblm na bersalin tu yee.. tq yee bg info..
ReplyDeleteYa betul sis.. sama2.. moga dpermudahkan urusan sis..
DeleteInsyallah amin.. tq yee bg info
ReplyDeletesuami boleh teman bermalam di hospital tak ye?
ReplyDeleteXboleh teman sis.. HSI pon ade FPP ni sy terbaca suami boleh teman..
DeleteAssalamualaikum nak tanya kalau warga asing brpe bersalin...makasih assalamualaikum
ReplyDeleteWaa'laikummusalam sis.. Sy xpasti, mungkin boleh hubungi HSA 07-2257000 (sambungan 2564)
DeleteDr eliza dh g columbia. 😭 dia doctor saya czer masa 2017z
ReplyDeleteThanks for info sis.. 😊
DeleteUntuk pakej FPP ni, kena pilih hospital berhampiran kediaman kita ke?? atau blh je pergi mana2 hospital yg ada pakej ni
ReplyDeleteBoleh pergi mana2 hospital yang ade FPP sis.
DeleteSalam..klu kita buka buku mngandung kt klinik swasta n checkup pn kt swasta bole ke bsalin kt hsa?
ReplyDeleteBoleh..tak ada masalah..bawa shj buku pink klinik swasta tu ke kaunter pendaftaran masa nak bersalin nanti...dari pengalaman bersalin 4 anak di HSA dan check up di swasta...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNak booking di kaunter fpp tu boleh walk in atau kena buat appointment ye?
ReplyDeleteCuba try kol dulu sis. Masa covid hari tu FPP ni ditutup. Xpasti sekarang da start balik ke belum.
ReplyDelete