Wednesday, 3 August 2022

Keluarga kecil saya

Saya mula share pasal pengalaman bersalin masa tahun 2017. Masa anak sulung x sempat review sebab anak sulung saya high demand baby. Hihi Mencabar ya jaga baby sawan tangis ni sampai saya demam waktu berpantang. Nak keluar berjalan pon boleh dalam 1 jam saja kalau dia nangis nak tido susah nak pujuk. Anak ke-2 lain pula perangainya, bila umur 2-3 tahun jadi high needs baby, susu bila buat kene ngam2 level yang dia request, anak ke 3 & 4 Alhamdulillah easy going baby. Tq suami saya yang banyak membantu, keluarga sy & suami, xlupa juga mama anak2 sekeluarga yang banyak membantu saya. Rupanya ada juga kawan sekerja yang prihatin terhadap saya memikirkan bagaimana saya keluar bekerja dengan 4 orang anak yang masih kecil & comel. Semua tu Allah permudahkan untuk saya. Dulu sebelum berpindah ke tempat kerja hari2 setiap pagi saya macam nak pergi berlumba je. Selalu tengok jam sempat x thumbprint kul 8am. Saya ni antara pekerja yang balik on time & datang pon on time hihi. Ratu UPL tidak dilupakan sebab kalau sorang demam, akan berjangkit ya  Pergi kerja n balik kerja bersama tangisan anak-anak dalam kereta. Nanti moment tu la yang saya akan rindu akan tersenyum bila kenangkan. Semoga anak2 membesar dengan sihat & menjadi anak yang mendengar kata, penyejuk hati ibu ayah, soleh & solehah, patuh kepada perintah Allah & menjadi orang yang hebat kelak. Amin..

Rini, Ahmad Zahiruddin, Rania Azzahra, Abdurrahman, Abdurrahim, Abdurrauf..
 

Pengalaman bersalin di KPJ Dato Onn

Sambungan dari topik booking, saya selamat bersalin pada 28/1/22 @ 2.17am. Pada 14/1/22 (36wks 4days) sy ward in 3 hari 2 malam di Hospital sebab ade rasa contraction. Tapi masih poor progress & di diagnosis sebagai threatened pre term labour. Dapat hospitalization leave selama seminggu untuk sy berehat. Sy request cuti lagi seminggu sebab badan n kaki sy rasa sakit xboleh jalan banyak. Biasalah keje kilang, kawasannya luas mmg sehari lebih kurang 2000 steps berjalan. Tapi sepanjang cuti masih uruskan anak2 hantar dan jemput dari tadika. 


Bilik dia besar & selesa. Sini semua bilik single. Pada 27/1/22, pagi tu sy da start rasa sakit tapi contraction x kerap lagi. Letih dia lain macam lepas tu asyik buang air je sebab sy banyak minum air kelapa. Start pukul 7 malam da start contraction, cek guna apps. Contraction makin kerap n rasa sakit & decide untuk pergi Hospital. Sy memang jenis yg x turun tanda. Sampai hospital pukul 10.20pm terus register di Emergency & lain2 suami uruskan lepas parking kereta. Suami kene buat RTK. Sy terus dibawa ke tempat saringan untuk cek CTG kul 10.30pm, kebetulan Dr Idayu masih di hospital dengan 1 patient, dia datang cek bukaan pada pukul 11.30pm alhamdulillah bukaan da 6cm, terus buat PCR & sy & suami dihantar ke labour room sekali dengan barang2. Sampai di labour room terus tukar baju & sambung balik cek CTG. Pukul 1am doktor pecahkan air ketuban & bersalin pada pukul 2.17am. Lepas tu barulah dipindahkan ke wad. Sampai wad pon dekat pukul 3am. Suami boleh teman ya. 

Abdurrauf Bin Ahmad Zahiruddin nama diberi lahir pada hari Jumaat 28/1/22 sama tarikh dengan Odang (datuk). Total caj RM3200++ petang esoknya lepas doktor cek boleh discharge.


Sesiapa yang plan nak bersalin kat KPJ ni boleh lah wasap klinik doktor Idayu 019-4793340 untuk pertanyaan lanjut.