Wednesday 3 August 2022

Pengalaman bersalin di KPJ Dato Onn

Sambungan dari topik booking, saya selamat bersalin pada 28/1/22 @ 2.17am. Pada 14/1/22 (36wks 4days) sy ward in 3 hari 2 malam di Hospital sebab ade rasa contraction. Tapi masih poor progress & di diagnosis sebagai threatened pre term labour. Dapat hospitalization leave selama seminggu untuk sy berehat. Sy request cuti lagi seminggu sebab badan n kaki sy rasa sakit xboleh jalan banyak. Biasalah keje kilang, kawasannya luas mmg sehari lebih kurang 2000 steps berjalan. Tapi sepanjang cuti masih uruskan anak2 hantar dan jemput dari tadika. 


Bilik dia besar & selesa. Sini semua bilik single. Pada 27/1/22, pagi tu sy da start rasa sakit tapi contraction x kerap lagi. Letih dia lain macam lepas tu asyik buang air je sebab sy banyak minum air kelapa. Start pukul 7 malam da start contraction, cek guna apps. Contraction makin kerap n rasa sakit & decide untuk pergi Hospital. Sy memang jenis yg x turun tanda. Sampai hospital pukul 10.20pm terus register di Emergency & lain2 suami uruskan lepas parking kereta. Suami kene buat RTK. Sy terus dibawa ke tempat saringan untuk cek CTG kul 10.30pm, kebetulan Dr Idayu masih di hospital dengan 1 patient, dia datang cek bukaan pada pukul 11.30pm alhamdulillah bukaan da 6cm, terus buat PCR & sy & suami dihantar ke labour room sekali dengan barang2. Sampai di labour room terus tukar baju & sambung balik cek CTG. Pukul 1am doktor pecahkan air ketuban & bersalin pada pukul 2.17am. Lepas tu barulah dipindahkan ke wad. Sampai wad pon dekat pukul 3am. Suami boleh teman ya. 

Abdurrauf Bin Ahmad Zahiruddin nama diberi lahir pada hari Jumaat 28/1/22 sama tarikh dengan Odang (datuk). Total caj RM3200++ petang esoknya lepas doktor cek boleh discharge.


Sesiapa yang plan nak bersalin kat KPJ ni boleh lah wasap klinik doktor Idayu 019-4793340 untuk pertanyaan lanjut. 

No comments:

Post a Comment