Friday, 16 June 2023

Pengalaman bersalin anak ke 5 di KPJ Dato' Onn

Assalamua'laikum..

Saya nak review lagi pengalaman bersalin anak ke-5 di KPJ Dato' Onn. 8 bulan lepas bersalin anak ke-4, saya pregnant lagi. Masa ni memang menyusu penuh dan period pon x datang lagi. Rezeki dapat baby sebelum sempat pasang implanon.. 

Due saya 10/6, tapi saya amik maternity leave awal pada 1/6 sebab rase xlarat nak berjalan jauh. Macam biasalah time2 dekat nak bersalin ni saspen dia semacam nak tentukan false contraction ke contraction sebenar.. Pada 7/6, saya da start contraction pagi tu tapi masih false lagi.. tengahari sampai ke petang dah x rase sakit dah. So dah siap kemas2 barang sebab da dekat due. Kul 2am saya terjaga p toilet tengok2 ada tanda darah kat pantiliner tapi x banyak. Terus kejut suami untuk pergi ke hospital. Ni la 1st baby yang ade keluar tanda. Rase cuak jugak ya. Sampai hospital suami daftar dulu kat kecemasan, saya terus ke labour room untuk cek CTG.. bila tengok CTG contraction x kerap lagi kebetulan Doktor Idayu pon ada baru lepas emergency ceaser sorang patient ni. Bila cek bukaan dah 3cm. Sebab contraction x kerap lagi doktor suruh admit wad dulu dan plan pagi esok ke labour room cek bukaan n CTG. Lepas daftar, suami terus ke labour room. Pastu nurse hantar kami ke wad. 


Ni la pandangan wad saya ceriakan. Bilik dia x sebesar bilik sebelum saya post sebelum ni. Tapi selesa sebab single bed. Husband cam biasa boleh teman. Ada sofa bed untuk tido.


So kami sambung tido di wad. Pagi dalam kul 9.30 nurse datang cek CTG dan doktor datang cek bukaan. Bukaan masih 3cm dan contraction masih belum kerap. Doktor propose untuk induce guna pitocin. Kul 10am start induce, sakit ya induce ni.. alhamdulillah contraction kerap 2min seperti yang doktor nak, pukul 2pm cek bukaan dah 5cm, doktor proceed pecahkan air ketuban dan pukul 2.16pm saya dah rasa sakit nak meneran. Alhamdulillah Allah mudahkan, rasa kejap je teran baby dah keluar. Lahirlah si comel Rania Alisa seberat 3.25kg. Doktor letak baby di dada, masa ni suami potong tali pusat baby. 

Rehat 2 jam di labour room untuk doktor monitor keadaan kita. Baby dihantar ke nursery. Kul 4 lebih nurse datang bersihkan darah, tukar pad semua dan hantar balik wad. Sebab nak BF so ward in bersama baby. Nurse pon ade datang jenguk juga untuk tanye khabar. Esoknya pukul 11 doktor datang wad cek dan boleh discharge pada pukul 2pm. Suami settlekan bil semua and total charge kali ni RM3900++



Wednesday, 3 August 2022

Keluarga kecil saya

Saya mula share pasal pengalaman bersalin masa tahun 2017. Masa anak sulung x sempat review sebab anak sulung saya high demand baby. Hihi Mencabar ya jaga baby sawan tangis ni sampai saya demam waktu berpantang. Nak keluar berjalan pon boleh dalam 1 jam saja kalau dia nangis nak tido susah nak pujuk. Anak ke-2 lain pula perangainya, bila umur 2-3 tahun jadi high needs baby, susu bila buat kene ngam2 level yang dia request, anak ke 3 & 4 Alhamdulillah easy going baby. Tq suami saya yang banyak membantu, keluarga sy & suami, xlupa juga mama anak2 sekeluarga yang banyak membantu saya. Rupanya ada juga kawan sekerja yang prihatin terhadap saya memikirkan bagaimana saya keluar bekerja dengan 4 orang anak yang masih kecil & comel. Semua tu Allah permudahkan untuk saya. Dulu sebelum berpindah ke tempat kerja hari2 setiap pagi saya macam nak pergi berlumba je. Selalu tengok jam sempat x thumbprint kul 8am. Saya ni antara pekerja yang balik on time & datang pon on time hihi. Ratu UPL tidak dilupakan sebab kalau sorang demam, akan berjangkit ya  Pergi kerja n balik kerja bersama tangisan anak-anak dalam kereta. Nanti moment tu la yang saya akan rindu akan tersenyum bila kenangkan. Semoga anak2 membesar dengan sihat & menjadi anak yang mendengar kata, penyejuk hati ibu ayah, soleh & solehah, patuh kepada perintah Allah & menjadi orang yang hebat kelak. Amin..

Rini, Ahmad Zahiruddin, Rania Azzahra, Abdurrahman, Abdurrahim, Abdurrauf..
 

Pengalaman bersalin di KPJ Dato Onn

Sambungan dari topik booking, saya selamat bersalin pada 28/1/22 @ 2.17am. Pada 14/1/22 (36wks 4days) sy ward in 3 hari 2 malam di Hospital sebab ade rasa contraction. Tapi masih poor progress & di diagnosis sebagai threatened pre term labour. Dapat hospitalization leave selama seminggu untuk sy berehat. Sy request cuti lagi seminggu sebab badan n kaki sy rasa sakit xboleh jalan banyak. Biasalah keje kilang, kawasannya luas mmg sehari lebih kurang 2000 steps berjalan. Tapi sepanjang cuti masih uruskan anak2 hantar dan jemput dari tadika. 


Bilik dia besar & selesa. Sini semua bilik single. Pada 27/1/22, pagi tu sy da start rasa sakit tapi contraction x kerap lagi. Letih dia lain macam lepas tu asyik buang air je sebab sy banyak minum air kelapa. Start pukul 7 malam da start contraction, cek guna apps. Contraction makin kerap n rasa sakit & decide untuk pergi Hospital. Sy memang jenis yg x turun tanda. Sampai hospital pukul 10.20pm terus register di Emergency & lain2 suami uruskan lepas parking kereta. Suami kene buat RTK. Sy terus dibawa ke tempat saringan untuk cek CTG kul 10.30pm, kebetulan Dr Idayu masih di hospital dengan 1 patient, dia datang cek bukaan pada pukul 11.30pm alhamdulillah bukaan da 6cm, terus buat PCR & sy & suami dihantar ke labour room sekali dengan barang2. Sampai di labour room terus tukar baju & sambung balik cek CTG. Pukul 1am doktor pecahkan air ketuban & bersalin pada pukul 2.17am. Lepas tu barulah dipindahkan ke wad. Sampai wad pon dekat pukul 3am. Suami boleh teman ya. 

Abdurrauf Bin Ahmad Zahiruddin nama diberi lahir pada hari Jumaat 28/1/22 sama tarikh dengan Odang (datuk). Total caj RM3200++ petang esoknya lepas doktor cek boleh discharge.


Sesiapa yang plan nak bersalin kat KPJ ni boleh lah wasap klinik doktor Idayu 019-4793340 untuk pertanyaan lanjut. 

Tuesday, 16 November 2021

Booking untuk bersalin di KPJ Bandar Dato Onn

 Assalamua'laikum semua..

InsyaAllah awal Feb 2022 saya akan bersalin anak ke 4. Buat masa ni FPP HSA tutup sebab dijadikan wad covid, xtau bila beroperasi semula. Nak bersalin kat Melaka Oriental bila pk balik macam jaoh dengan 3 orang anak lagi. So decide nak bersalin kat JB sahaja. Jumpe kat FB sekarang KPJ Dato Onn baru start buka untuk maternity suite, so kita ambillah peluang ini.

Saya booking dengan Dr Idayu pada 15/11/21 masa ni kandungan 6 bulan. Dr Idayu ni lembut orangnya. Masa scan baby xnak tunjuk muka, seboleh2 Dr nak kejutkan dia.. huhu comel je. 

So masa 1st check up, kene bayar deposit untuk booking: Normal pakej RM1500 & Ceaser pakej RM3000. Admin kata let say kalau booking untuk normal RM1500, tiba2 kene emergency ceaser nanti pakej normal akan void and harga ceaser dalam 8.5K ke atas camtu. So to be safe, sy n husband decide untuk booking pakej ceaser kalau bersalin normal lebihan wang akan dipulangkan. Kalau bersalin kat tempat lain pon, deposit kita akan fully refund.

Masa pergi 1st check up bawa sekali buku merah KK tu. Untuk 1st check up total caj RM230. Bilik Dr Idaya di tingkat 3, suite 7.


Next check up sy pada week 36 nanti.. Nanti sy sambung review lepas bersalin pula. Doakan urusan bersalin saya dipermudahkan.. Amin~

Saturday, 21 March 2020

Pengalaman bersalin di Hospital Wanita & Kanak-kanak Naluri 2016

Assalamua'laikum..

Saya nak share pengalaman bersalin anak sulung di Hospital Wanita & Kanak-kanak Naluri tahun 2016. Sebab masa ni susah nak cari doktor wanita di JB, ade pon masa  tu survey di Hospital Columbia & KPJ Pasir Gudang harganya xmampu milik kalau kene ceaser so kami search dan terjumpa kat FB pasal hospital ni. Pakej dia murah start dari RM1999. So kami tekad la check up di sana dari JB 2 kali dan bersalin di sana. Walaupun bila saya pk balik memang dasyatnya kami redah je p jaoh2 & alhamdulillah Allah permudahkan. Saya doakan anak saya ni jadi doktor pakar O&G 1 hari nanti untuk bantu wanita2 yang nak bersalin cc: Rania Azzahra Binti Ahmad Zahiruddin..

Ni harga tahun 2016, bersalin normal & single room. Total bayaran semua RM3200. Kat sini parking susah sikit. Tapi bilik selesa, suami boleh teman & waktu melawat flexible. Terima kasih doktor Shaheeran & semua nurse yang banyak membantu. 

Inilah dia gambar puteri sulung saya. Gambar hari ke 2..

Saturday, 24 August 2019

FPP di HSA 2019

Pengalaman bersalin anak ke-3 di Hospital Sultanah Aminah (HSA) JB. Alhamdulillah..  dapat tau ade FPP (Full Paying Patient) dari facebook xsilap start ade FPP kat HSA tahun 2018 dan ada doktor perempuan. Sy start booking week ke-34, yang terbaik pergi mase kandungan 7 bulan. Daftar FPP di bangunan Poliklinik HSA ade 1 bilik khas berdekatan kaunter bayaran. Ni waktu operasi kaunter FPP.

Hari daftar tu nurse akan brief kita pasal FPP dan kenalkan doktor-doktor yang terlibat yang boleh kita pilih. Masa ni ada 2 Doktor perempuan iaitu Dr Norlela dan Dr Eliza. Bermula lah 1st check up, nanti kat buku merah tu dia akan cop FPP. At least 2 kali check up ea, bawah ni harga untuk 1st dan check up ulangan.




Tapi better standby duit lebih sebab mase 2nd check up pada 27/2/19 (Week 36), masa scan biasa Dr Norlela cakap air ketuban sy sikit 9.3, normal ialah 10. So Dr Norlela proceed Doppler untuk cek aliran darah baby, ni kene caj lagi RM120 so total check up kali ke 2 ni sy kene bayar RM 275. Itulah dia maksud full paying patient apa2 dia cek kene bayar ea. Dr Norlela kata mungkin kene paksa bersalin nak letak belon, tapi sy cakap nak tunggu dulu nak bersalin normal. Set untuk 3rd appoinment pada 13/3/19. Doktor cakap kalau ada rasa sakit ke tanda boleh la datang ke hospital. Masa ni p juga scan kat klinik swasta risau kot air ketuban sikit lega la sikit doktor cakap 9.3 ok lagi. Kene pantau pergerakan baby.

Sebab kes air ketuban sikit ni sy rasa nak tukar planning pulak bersalin kat Oriental Melaka, terus kol appoinment pada 8/3/19 hari jumaat. Tapi xsempat 7/3/19 malam tu sy da start rase sakit contraction. Dr Norlela ada cakap minggu tu dia xada, outstation di Terengganu dia minta Dr Eliza cover. Pada 8/3/19 pagi kul 6 terus gerak ke HSA, mula2 kene daftar dan dan bayar deposit 3K di kaunter main building HSA. Jangan lupa bawa buku merah dan IC ya.

Lepas daftar boleh la ke bangunan Kecemasan Dan Trauma. Terus ke tingkat 2 pergi kat kaunter dan bagi buku merah bersama2 file FPP dapat masa bayar deposit, xpayah saringan. Kul 8 ward in tukar baju dan tunggu Doktor. Alhamdulillah dapat bilik 4 orang yang memang khas untuk FPP, total ada 6 tempat sahaja kalau penuh kene duduk kat wad biasa dan cajnya sama. Suami x boleh teman ya hanya waktu melawat sahaja dibenarkan. Mase ni sy sorang je check in sini.


Kul 9.44am Dr Eliza cek bukaan, ni di tingkat 2 juga ade bilik khas. Dah buka 5cm doktor cakap kul 10.30am da boleh masuk labour room. Terus kol suami untuk datang semula. Kat sini ada 14 labour room so kene tunggu jap bila penuh. Kul 11am baru masuk labour room. Alhamdulillah kul 12.18pm selamat bersalin. Dalam labour room ade sorang doktor, sorang nurse n suami sy aje. Kagum saya. Dr Eliza n nurse sangat supportive. Next baby insyaAllah nak pilih Dr Eliza pula. Dr letak baby di dada lepas dia lahir rasa sebak n bersyukur sangat. Nama diberi Abdurrahim Bin Ahmad Zahiruddin lahir pada 1 rejab hari jumaat.


Keesokan harinya kul 9.18am doktor datang cek. Alhamdulillah pas lunch dalam kul 1.30 discharge. Total kene RM1917. Lebihan deposit dapat dalam 14 hari bekerja. Ni nanti kene ke kaunter untuk hantar resit. Terima kasih xterhingga kepada semua yang terlibat (Dr, nurse, family n kak ita (mama rania n abdurrahman).

Ni latest info berkenaan FPP HSA, sy tanye pada 12/3/2023:


Thursday, 22 August 2019

Jeragat dan laser

Assalamua'laikum..

Nak review sikit pasal jeragat dan laser. Sy start ada jeragat umur 11 tahun. Mase tu ade sikit je sampai la sekarang da umur 31 tahun jeragat makin banyak. Kalau korang nak tau macam2 produk sy try (kalau nak list ade la kot belas2 jenis) tapi still sama je even sanggup beli produk kat oversea nun meladerm kot tapi keciwa ni x payah beli la ea pakai sakit cam kulit terbakar gitu..
Sampai last sekali fed up biar je la jeragat.
Tq suami sy x memilih rupa.. hihi bermula lah bila pregnant anak ke3 jeragat semakin teruk seperti gambar di bawah masa ni 6 bulan pregnant.

Yang lagi buat saya stress sebab anak saya yang 2 tahun tu cakap ibu macam dia ade jeragat bila dia tengok cerita Zootopia. Haha

Search punya search jumpelah clinic Dr Shane kat Permas Jaya, Johor. Doktor kata pregnant pon xde masalah kalau nak buat laser treatment. Harga pon reasonable Rm188 per session untuk laser toning yang doktor suggest untuk buat. Baru buat 5 session dengan izin Allah da nampak hasilnya sekarang tunggu hormon stabil 8 bulan dulu baru proceed untuk laser dan pakai krim..  krim ni doktor cakap xsesuai kalau BF..